Kerjaya lakonan Ziana Zain

Selain daripada menyanyi, Ziana Zain juga merupakan seorang pelakon berbakat besar. Setakat ini sudah 9 buah filem dan 4 buah drama telah dibintanginya, filem sulung lakonannya ialah Sembilu[39][40] arahan Datuk Yusof Haslam. Filem ini menandakan penampilan pertama sebagai seorang pelakon. Ia adalah satu kejayaan pecah panggung, berjaya meraih kutipan RM4.2 juta.[41] Lakonan dan penghayatan watak yang mantap telah melayakkan Ziana untuk memenangi beberapa anugerah pada festival perfileman. Filem ini juga membantu Ziana mewujudkan dirinya sebagai pelakon yang berjaya, terutamanya selepas memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 1994, bersama Erra Fazira yang melontarkan ke kemasyhuran selepas penampilan sulungnya melalui filem ini. Runut bunyi filem itu turut menampilkan beberapa lagu-lagu Ziana termasuk "Ku Cinta Padamu", "Anggapanmu" dan "Mimpimu Bukan Mimpiku". Dalam filem susulan, Sembilu II,[42] Ziana melakonkan kembali wataknya.

Nama Ziana juga sering menjadi sebutan pengarah tersohor disebabkan kredibiliti beliau sebagai pelakon sukar disanggah. Terkini, Ziana bakal muncul dengan filem terbaru arahan KRU, Magika yang menampilkan Ziana sebagai nenek kebayan. Selain berlakon, Ziana juga diberi pengiktirafan menyampaikan 3 buah lagu tema dalam album runut bunyi filem tersebut. Filem lakonannya yang lain termasuk Maria Mariana (1996),[43] Merah (1996),[44] Maria Mariana II (1998),[45] Sembilu 2005 (2005),[46] Pontianak Menjerit (2005),[47] dan Qabil Khusry Qabil Igam (2007).[48] Selain daripada berlakon dalam filem, Ziana juga muncul dalam drama televisyen. lakonan drama pertamanya telah diarahkan oleh Erma Fatima berjudul Cermin Pada Bulan.[49] Ziana adalah pelakon utama dalam drama dan persembahan beliau dalam drama umumnya menerima pujian yang ketara. Pada tahun 2007, Ziana mengubah kemahiran lakonannya dengan menerima peranan dalam drama komedi bertajuk 4 Diva Sekampung,[50] iaitu berkisarkan empat diva yang terjebak dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka kerana pecahan van mereka. Drama ini telah ditayangkan semasa Hari Raya. Ziana juga muncul sebagai pelakon utama di Tetamu Allah serta drama terbaru beliau iaitu Nur Kasih di Jabal Rahmah. Kedua-duanya diarahkan oleh Erma Fatima.

Rujukan

WikiPedia: Ziana Zain http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ma... http://www.budiey.com/mohd-ziana-zain-juara-mentor...